Tip Memilih Wangian Serasi Dengan Diri...

Setiap orang mempunyai pewangi kegemaran tetapi adakah pewangi kegemaran itu dipilih kerana baunya atau anda rasa itulah bau terbaik untuk anda?..Wangian yang dapat membangkitkan personalti diri bukan semata-mata mengikut kegemaran anda. Ia lebih daripada itu. Wangian haruslah yang dapat menyerlahkan personalti, keghairahan dan cirri-ciri seseorang. Ia juga boleh jadi sesuatu yang menenagkan dan membangkitkan sensasi pemakai. ..

Anda mesti mencuba wangian selama sehari sebelum membeli. Ini kerana bauan itu boleh berubah mengikut peredaran waktu. Jangan membeli pewangi berdasarkan bauan yang dipakai oleh teman anda. Hal ini kerana kimia dalam tubuh setiap orang berbeza. Semburan pewangi akan tahan lebih lama pada kulit berminyak, manakala kulit kering perlu menyemburnya dua kali. Perubahan dramatik pada diet anda juga menyebabkan bau wangian menjadi berbeza. Membeli minyak wangi pilihan dengan harga yang paling berpatutan dan tidak semestinya wangian yang mahal serasi dengan anda. Jauhkan minyak wangi daripada sinar matahari dan kepanasan. Sinar matahari dan kepanasan dan mengubah bau minyak wangi anda.

COKLAT HITAM.....

Wanita dan coklat sukar dipisahkan.... Saat dilanda duka, coklat pasti mampu membangkitkan kegembiraan di hati. Namun, kenikmatan coklat boleh merunsingkan hati apabila dikaitkan dengan diet. Segalanya mampu diatasi jika bijak memilih samada coklat hitam dan coklat tenusu, yang mana lebih baik...???

Coklat hitam mengandungi kandungan lemak yang sangat minima berbanding coklat tenusu. Semakin hitam coklat bar yang dihasilkan semakin kuranglah penggunaan lemak koko, susu berkrim dan gula. Pembuatan coklat hitam juga memerlukan gula. Satu bar coklat hitam mengandungi anggaran 10 hingga 15 gram gula tetapi kandungan gula ini masih rendah berbanding 22 gram gula yang terkandung di dalam segelas jus oren(kotak) dan 29 gram gula di dalam yogurt berperisa buah. Apa jua perbezaannya di antara dua jenis coklat ini, ia masih mempunyai satu kelebihan yang sama. Menikmati coklat dapat membantu merangsang penghasilan hormon endorfin dan ia juga mengandungi serotonin. Kedua agen ini membantu memberikan rasa selesa, gembira seterusnya bertindak mengurangkan rasa tertekan yang dialami.... Sayangku coklat....


Dengan hanya melihat anda tidak dapat merasa......

Coklat ini dihasilkan dengan menggunakan coklat yang berkualiti dan sedap rasanya. Coklat ini juga dihasilkan dengan pelbagai jenis bentuk dan rasa. Anda boleh membuat tempahan mengikut citarasa anda sendiri. Kami akan cuba merealisasikan kenikmatan yang bukan sahaja melihat tapi juga merasa.

Coklat akan membuatkan seseorang itu berasa gembira.....

Wangian tanpa ahkohol....

Wangian seperti Dunhill, YSL, Gucci, JL dan banyak lagi boleh didapati dalam bentuk kecil, mudah dibawa dan wangian yang bertahan lebih lama. Wangian ini adalah pati yang pekat, gunakan dengan kuantiti yang sikit tapi boleh bertahan sehingga 8 jam lebih. Hubungi kami di talian 012-7337780 untuk tempahan.

Harummu sewangi santalia.....

Salam perkenalan.....


Assalammualaikum & Salam sejahtera....

Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelayar blog ini. Blog ini diwujudkan adalah untuk memperkenalkan barang barang yang dipasarkan oleh syarikat kami. Kepada peminat peminat wangian, kami ada menjual wangian dalam bentuk yang senang dibawa serta bauan yang sungguh harum.

Selamat berlayar......