Tip Memilih Wangian Serasi Dengan Diri...

Setiap orang mempunyai pewangi kegemaran tetapi adakah pewangi kegemaran itu dipilih kerana baunya atau anda rasa itulah bau terbaik untuk anda?..Wangian yang dapat membangkitkan personalti diri bukan semata-mata mengikut kegemaran anda. Ia lebih daripada itu. Wangian haruslah yang dapat menyerlahkan personalti, keghairahan dan cirri-ciri seseorang. Ia juga boleh jadi sesuatu yang menenagkan dan membangkitkan sensasi pemakai. ..

Anda mesti mencuba wangian selama sehari sebelum membeli. Ini kerana bauan itu boleh berubah mengikut peredaran waktu. Jangan membeli pewangi berdasarkan bauan yang dipakai oleh teman anda. Hal ini kerana kimia dalam tubuh setiap orang berbeza. Semburan pewangi akan tahan lebih lama pada kulit berminyak, manakala kulit kering perlu menyemburnya dua kali. Perubahan dramatik pada diet anda juga menyebabkan bau wangian menjadi berbeza. Membeli minyak wangi pilihan dengan harga yang paling berpatutan dan tidak semestinya wangian yang mahal serasi dengan anda. Jauhkan minyak wangi daripada sinar matahari dan kepanasan. Sinar matahari dan kepanasan dan mengubah bau minyak wangi anda.

0 Responses to “Tip Memilih Wangian Serasi Dengan Diri...”:

Leave a comment