COKLAT HITAM.....

Wanita dan coklat sukar dipisahkan.... Saat dilanda duka, coklat pasti mampu membangkitkan kegembiraan di hati. Namun, kenikmatan coklat boleh merunsingkan hati apabila dikaitkan dengan diet. Segalanya mampu diatasi jika bijak memilih samada coklat hitam dan coklat tenusu, yang mana lebih baik...???

Coklat hitam mengandungi kandungan lemak yang sangat minima berbanding coklat tenusu. Semakin hitam coklat bar yang dihasilkan semakin kuranglah penggunaan lemak koko, susu berkrim dan gula. Pembuatan coklat hitam juga memerlukan gula. Satu bar coklat hitam mengandungi anggaran 10 hingga 15 gram gula tetapi kandungan gula ini masih rendah berbanding 22 gram gula yang terkandung di dalam segelas jus oren(kotak) dan 29 gram gula di dalam yogurt berperisa buah. Apa jua perbezaannya di antara dua jenis coklat ini, ia masih mempunyai satu kelebihan yang sama. Menikmati coklat dapat membantu merangsang penghasilan hormon endorfin dan ia juga mengandungi serotonin. Kedua agen ini membantu memberikan rasa selesa, gembira seterusnya bertindak mengurangkan rasa tertekan yang dialami.... Sayangku coklat....

0 Responses to “COKLAT HITAM.....”:

Leave a comment